Perbincangan Penyelarasan Maklum Balas UPM Terhadap Dapatan Penilaian APEL.C UPM Oleh MQA | CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
» NEWS » Perbincangan Penyelarasan Maklum Balas UPM terhadap Dapatan Penilaian APEL.C UPM oleh MQA

Perbincangan Penyelarasan Maklum Balas UPM terhadap Dapatan Penilaian APEL.C UPM oleh MQA

15 September 2023, Serdang – Satu Perbincangan Penyelarasan Maklum Balas UPM terhadap Dapatan Penilaian APEL.C UPM  telah diadakan oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia pada 15 September 2023 secara atas talian. Sesi perbincangan tersebut telah dihadiri oleh  Profesor Madya Dr. Suriana Sabri (CADe LEAD), Puan Nor Azirawani Man (Cade-Lead), Profesor Madya Dr. Mohd Faiq Abd Aziz (Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Pendidikan), Profesor Madya Dr. Adi Yasran  Abdul Aziz (Timbalan Dekan Akademik Prasiswazah, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi), Profesor Madya Dr. Julia Wirza Mohd Zawawi (Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi), Puan Juraidah  Mohamad Amin (Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi), Puan Norliya Yahya (Bahagian Kemasukan), Encik Rinaldi Azhari (Bahagian Kemasukan), Pn. Farah Nur Arina Misnan (Sekolah Pengajian Siswazah) dan Encik Muhammad Akees Abu Mansor (Sekolah Pengajian Siswazah).

 

Perbincangan ini diadakan bertujuan memaklumkan tindakan penambahbaikan yang perlu dibuat oleh ahli  bagi penyediaan maklum balas kepada MQA dan mendapatkan pandangan ahli berkaitan pemurnian yang telah dilaksanakan melibatkan perkara seperti berikut:

i) Proses Permohonan dan Penilaian APEL.C UPM yang melibatkan peranan pelajar, Penasihat, Penilai dan Moderator.

ii) Proses Pelantikan Penasihat, Penilai dan Moderator; dan

iii) Proses Pengurusan Moderasi Penilaian 

 

CQA dijangka mengemukakan maklum balas hasil dapatan penilaian awal kepada MQA pada 22 September 2023.

 

 

Date of Input: 27/09/2023 | Updated: 23/11/2023 | aidawati

MEDIA SHARING

CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdEAv~