Workshop For The Preparation Of Conducive Public Sector Ecosystem Assessment (EKSA) Criteria UPM Level 2024 | CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
» NEWS » Workshop For The Preparation Of Conducive Public Sector Ecosystem Assessment (EKSA) Criteria UPM Level 2024

Workshop For The Preparation Of Conducive Public Sector Ecosystem Assessment (EKSA) Criteria UPM Level 2024

 
 
     

18 Januari 2024, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) selaku peneraju bagi Amalan Persekitaran Berkualiti UPM telah telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Kriteria Penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat UPM Tahun 2024 bertempat di Putra Future Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Bengkel ini telah diadakan pada 18 Januari 2024 dan sambungannya pada 8 Februari 2024.

Seramai 29 orang ahli yang terdiri daripada Ketua, Timbalan Ketua dan Fasilitator EKSA UPM hadir ke sesi bengkel ini. Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan satu set kriteria dan rubrik penilaian yang jelas untuk diguna pakai oleh penilai semasa penilaian peringkat kedua bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja yang akan dipertandingkan sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2023/2024.

Bagi tujuan anugerah ini, setiap pusat tanggungjawab di UPM perlu melaksanakan Penilaian Kendiri EKSA (Penilaian Peringkat 1) mengikut tempoh yang diberikan bermula November 2023 hingga Januari 2024 dan seterusnya menjalani Penilaian Peringkat Ke-2 yang akan diselaraskan oleh CQA bermula Mei hingga Julai 2024. Pemarkahan bagi kedua-dua peringkat penilaian ini akan digabungkan bersama bagi menentukan pemenang bagi setiap kategori Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja Tahun 2023/2024.

Objektif penganjuran Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja UPM adalah seperti berikut:

  1. Memberi pengiktirafan kepada PTJ yang mempunyai prestasi yang cemerlang dan sentiasa berusaha ke arah meningkatkan kualiti persekitaran tempat kerja dan perkhidmatan;
  2. Menggalakkan kerjasama dan membentuk budaya saling membantu secara berterusan dalam kalangan kakitangan bagi mewujudkan dan mengekalkan suasana tempat kerja kondusif dan mesra pelanggan; dan
  3. Menggalakkan persaingan yang sihat di antara PTJ di UPM ke arah penambahbaikan yang berterusan dalam amalan pengurusan kualiti tempat kerja dan urus tadbir yang baik.

Date of Input: 19/03/2024 | Updated: 19/03/2024 | aidawati

MEDIA SHARING

CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdLAY~