![]() |
||
18 November 2024, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menjemput Sr. Ir. Dr. Suhaimi Abdul Talib selaku Pengerusi Panel Pakar MQF (2024) untuk mengadakan sesi perkongsian pemakaian Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualifications Framework, MQF) Edisi Kedua (2024) yang akan dilaksanakan dalam tempoh transisi dua tahun (31 Julai 2026) dengan mengambil kira penyesuaian, penjajaran dan pembangunan dokumen jaminan kualiti secara berperingkat. Bengkel ini telah diadakan pada 18 November 2024 bertempat di Thinker Space 2.0, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia dengan dihadiri seramai 30 peserta dari fakulti/sekolah, CADe-Lead, CQA dan Felo Bersekutu CQA. |