| PUSAT JAMINAN KUALITI

ODL Peluang Pelajar Sambung Pelajaran Secara Dalam Talian

Ringkasan Artikel

Pendidikan rentas sempadan, pendidikan digital dan secara dalam talian semakin mendapat perhatian pada hari ini sekali gus memberi gambaran, itulah trend pendidikan pada masa hadapan yang perlu diperluas serta dikembangkan.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sentiasa menjadi antara perintis kepada lahirnya produk dan kaedah pendidikan baharu melihat pendidikan secara digital dan fleksibel mampu menarik minat pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

UTM memulakan Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh atau Open and Distance Learning (ODL) sejak 2020 di bawah inisiatif UTM HyFlex, iaitu penyampaian pembelajaran secara hibrid dan fleksibel, UTM kini mempunyai 1010 pelajar yang mengikuti program akademik secara ODL di 22 negara.

Selain Malaysia, negara lain ialah Kanada, United Kingdom (UK), Belgium, Mesir, Sudan, Somalia, Nigeria, Liberia, Iran, China, Korea Selatan, India dan Bangladesh.

 Sumber daripada :  
   
W, ~noCache [*LIVETIMESTAMP*]
W