|
||
6 Disember 2024, Serdang – Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan Audit Pensijilan Semula bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2013 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Audit ini bertujuan untuk menilai pematuhan UPM yang berterusan terhadap keperluan-keperluan piawaian yang ditetapkan oleh badan pensijilan. Audit yang berlangsung selama 8 hari dari 14 sehingga 23 Oktober 2024 ini melibatkan 35 PTJ sebagai sampel audit QMS dan 17 PTJ sebagai sampel audit ISMS. Seramai 11 orang auditor QMS yang diketuai oleh Puan Nur Hana Roshida Hairudin dan 2 orang auditor ISMS yang diketuai oleh Puan Noor Kamasahliza Md Sahair@Shahir, yang turut bertindak sebagai Ketua Pasukan Audit, telah mengaudit pada sesi kali ini. Mesyuarat Penutupan Audit telah diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra dan dipengerusikan oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Wakil Pengurusan, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti serta wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ). Wakil PTJ Kampus Bintulu dan Institut Antarabangsa dan Sains Akuatik (i-AQUAS), Port Dickson turut hadir secara dalam talian. Secara keseluruhan, pihak pasukan auditor berpuas hati dengan pelaksanaan QMS dan ISMS di UPM dan mengesyorkan pensijilan diteruskan tanpa pindaan bagi pensijilan ISO/IEC 27001:2013 ISMS manakala pensijilan ISO 9001:2015 QMS diteruskan dengan pindaan iaitu penambahan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS). Komitmen dari pihak Pengurusan dan semua kakitangan UPM terhadap pelaksanaan QMS dan ISMS adalah menjadi kekuatan utama dalam memastikan objektif dan dan KPI UPM tercapai.
|
||
![]() |
||
![]() |
||
![]() |
![]() |
|
![]() |
||
![]() |
||
.jpg)