![]() |
15 Mei 2025, Bintulu – Pada hari terakhir program Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik (JJKA) di UPM Kampus Bintulu (UPMKB), Pusat Jaminan Kualiti telah mengadakan Sesi Bertemu Pemilik Program pada slot petang bertarikh 15 Mei 2025 bertempat di Putra Smartclassroom. Sesi yang dijalankan secara berperingkat telah menyediakan ruang dan peluang kepada 15 orang pemilik program yang terdiri daripada Asas Diploma dan Persediaan Diploma Sains, 10 program Diploma, 6 program Bacelor dan 6 program Master untuk mengemukakan pertanyaan lanjut dan mendapatkan pencerahan dalam memastikan program mematuhi keperluan standard yang ditetapkan. |
|
Sebelum bermulanya sesi tersebut, delegasi CQA telah disantuni oleh Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus Bintulu bertempat di Pejabat Pengarah UPMKB. Sesi ini juga turut dihadiri Prof. Madya Dr. Noorasmah Saupi (Dekan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan), Prof. Madya Ts. Dr. Wong Tze Jin (Dekan, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains), Prof. Madya Dr. John Keen Chubo (Timbalan Dekan, Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) serta En. Noor Hakim Ahmad (Ketua Pentadbiran, Pejabat Pendaftar). |
![]() |
Dalam pertemuan tersebut, Pengarah UPMKB telah merakamkan ucapan tahniah kepada pihak CQA atas kejayaan penganjuran program Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik di UPMKB dan mengganggap program seperti ini merupakan usaha terbaik daripada pihak CQA dalam meningkatkan kualiti program akademik di UPM secara keseluruhannya. |
![]() |