| PUSAT JAMINAN KUALITI

Certified Officer in Quality Assurance of Higher Education Training (Tier 1)

   
     

19 Ogos 2024, Sarawak - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menyertai program  'Certified Officer in Quality Assurance of Higher Education Training Programme Tier 1 : Quality Assurance Landscape and Outcome-Based Education' anjuran Malaysian Qualification Agency (MQA) selama enam (6) hari bermula pada 19 hingga 24 Ogos 2024 di Riverside Majestic Hotel, Sarawak. Program tersebut telah disertai oleh Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib (Pengarah CQA), Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik) dan Cik Aidawati Ramali (Ketua Seksyen Data Program).

Objektif program adalah melahirkan Pegawai Bertauliah Jaminan Kualiti yang berkebolehan mengurus jaminan kualiti dalaman dan penambahbaikan kualiti berterusan di peringkat jabatan selaras dengan standard peraturan dan aspirasi institusi yang berkaitan. Tambahan itu,   semasa Sesi Libat Urus MQA bersama PPT Berstatus Swaakreditasi di Universiti Multimedia (MMU) pada 20 April 2024, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir turut menyarankan agar kakitangan yang ditempatkan di Pusat Jaminan Kualiti di universiti mestilah kakitangan yang mahir dan dilengkapi latihan yang diiktiraf MQA.

Antara barisan tenaga pengajar yang mengendalikan sesi perkongsian adalah Encik Abdul Saman Taip (Pengarah, Pusat Latihan Jaminan Kualiti Malaysia,MQA),  Encik Kamarul Bakri Abd Aziz (Ketua, Unit Integriti dan Penguatkuasaan,MQA) dan Sr. Ir. Dr. Suhaimi Abdul Talib. Sepanjang sesi latihan, peserta telah didedahkan dengan tiga (3) modul iaitu:

  • Quality Assurance and Regulatory Instrument
  • OBE: Philosophy, Formulation of LO and Constructive Alignment
  • Curriculum Design, Delivery and Programme Review

 

Bagi menguji tahap kefahaman dan kompetensi, peserta telah diberikan tugasan selepas tamat program dan perlu lulus dalam tugasan Tier 1 untuk layak meneruskan ke Tier 2 dan seterusnya ke Tier 3 bagi melengkapkan diri ke arah menjadi Pegawai  Jaminan Kualiti yang bertauliah.

 

   

Peserta bergambar dengan Encik Abdul Saman Taip (Pengarah, Pusat Latihan Jaminan Kualiti Malaysia,MQA)

     

Peserta bergambar dengan Encik Kamarul Bakri Abd Aziz (Ketua, Unit Integriti dan Penguatkuasaan,MQA)

     

Peserta bergambar dengan Sr. Ir. Dr. Suhaimi Abdul Talib

 

 
   
 

W, ~noCache [*LIVETIMESTAMP*]