| PUSAT JAMINAN KUALITI

CQA Sertai Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2024 UPM

 
 

 

 

 

23 April 2024, Serdang –Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2024 UPM pada 23 April 2024. Sehubungan itu, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah dipelawa untuk turut serta bergabung dengan entiti-entiti Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang diadakan di Foyer Bangunan Pejabat TNCPI. Untuk sambutan tersebut, Kelab Kabajikan dan Sosial CQA telah menyediakan Aiskrim Potong Ketipang Ketipung dan Dadih Dondang Dendang . Selain itu, PTJ lain yang turut sama menaja juadah adalah Persatuan Alumni UPM (keropok lekor dan pulut panggang), Putra Business School (soto, kek dan tartlets) , Pusat Pengurusan Penyelidikan (kuih), Putra Science Park (bihun goreng dan mee goreng), Pusat Alumni UPM (rojak buah), Penerbit UPM (air jagung, tembikai laici dan kopi tarik). Manakala turut disediakan adalah menu utama iaitu set nasi minyak hasil sumbangan semua PTJ yang terlibat.

 

Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2024 Gabungan Entiti Pejabat TNCPI yang bermula jam 10 pagi turut dimeriahkan dengan persembahan karaoke bertemakan raya daripada staf PTJ di mana CQA telah mendendangkan lagu Warna-Warni di Aidilfitri manakala staf dari Penerbit UPM telah mempersembahkan lagu Ketipak Ketipung Raya. Demi menghidupkan suasana raya, setiap PTJ telah mendekorasi meja hidangan PTJ masing-masing. CQA juga tidak ketinggalan menamakan kiosk Yak Yak Yeah Corner untuk menambahkan suasana ceria.

W, ~noCache [*LIVETIMESTAMP*]