

15 Ogos 2018, Banting - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengadakan Program Gotong-Royong (CSR) Membersihkan Masjid di Masjid Al-Mutmainnah, Banting, Selangor. Seramai sepuluh orang staf dari Pusat Jaminan Kualiti telah melibatkan diri sebagai sukarelawan dalam program ini bagi membersihkan ruang dalam dan persekitaran masjid tersebut untuk kemudahan beribadat kepada penduduk setempat. Program CSR ini merupakan program sub-komponen Jaringan Komuniti yang dihasratkan untuk dianjurkan setiap tahun. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memasyarakatkan ilmu dan kepakaran Universiti Putra Malaysia kepada komuniti melalui Pelan Strategik UPM. Program intensif tersebut telah mengambil masa kurang lebih lima jam dan proses pembersihan masjid dapat dilaksanakan dengan jayanya.
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM JARINGAN KOMUNITI PUSAT JAMINAN KUALITI
Pengerusi |
: |
Prof. Dr. Amin Ismail |
Timbalan Pengerusi |
: |
Pn. Shamriza Shari |
Setiausaha |
: |
Pn. Norliyani Anor |
Penolong Setiausaha |
: |
Pn. Normuliana Abdol Samad |
Bendahari |
: |
Pn. Kasmaria Zawawi |
AJK Multimedia |
: |
Pn. Nurazlina Sabarudin |
AJK Aktiviti |
: |
En. Ahmad Hafidz Hitam |
AJK Pengangkutan |
: |
Pn. Siti Fatimah Hashim |
AJK Makanan |
: |
Pn. Rosyati Zainuddin |
AJK Video & Fotografi |
: |
En. Naszroul Haqimee Rahmat |
AJK Cenderahati |
: |
Pn. Sabariah Buang |