Serdang, 18 April - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) UPM telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 (siri 1) pada 18 hingga 19 April 2017 di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian UPM. Seramai 45 orang telah menghadiri kursus tersebut dan akan menjadi juruaudit dalaman QMS.
Kursus audit dalaman bertujuan untuk memahami dan memberi pendedahan mengenai amalan dan pengetahuan berhubung pengauditan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) berdasarkan keperluan Standard ISO 9001:2015.