| PUSAT JAMINAN KUALITI

Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti UPM Bil.3 Tahun 2024

18 Disember 2024, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti UPM Kali ke-61 (Bil.3) Tahun 2024 bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mesyuarat ini merupakan medan khusus bagi membincangkan agenda kualiti di peringkat Universiti bagi tujuan memastikan kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) secara berkala; membuat penilaian ke atas peluang penambahbaikan dan keperluan perubahan kepada pelan tindakan peringkat fungsian dan aras termasuk objektif kualiti serta objektif dan sasaran ISMS; meluluskan sebarang cadangan pindaan dokumen bagi skop pengurusan ISO (QMS dan ISMS); dan mengambil maklum keberkesanan pelaksanaan ISO di peringkat Peneraju Proses dan Pusat Tanggungjawab (PTJ).

Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti UPM yang dipengerusikan oleh Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib, Pengarah CQA merangkap Wakil Pengurusan UPM, adalah dilaksanakan sebanyak tiga (3) kali setahun. Menerusi pelaksanaan mesyuarat pada kali ini, perancangan aturan dan agenda mesyuarat adalah tercapai sebagaimana Takwim Aktiviti Kualiti Perkhidmatan UPM Tahun 2024 yang telah dibangunkan di peringkat Jaminan Kualiti Perkhidmatan, CQA.

Komitmen semua ahli mesyuarat dalam kalangan Pegawai Peneraju Jawatankuasa Kualiti UPM , Timbalan Wakil Pengurusan Peneraju Proses (TWP PP) dan Timbalan Wakil Pengurusan Pusat Tanggungjawab (TWP PTJ), input dan keberhasilan daripada mesyuarat ini telah membantu memperkukuh aspek pengurusan dan pembudayaan kualiti menerusi elemen pemantauan dan pengukuran tertentu bagi memastikan pencapaian prestasi UPM adalah sejajar dengan sasaran KPI yang telah ditetapkan. Sesi mesyuarat yang berdurasi selama dua (2) jam ini telah dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif sebagaimana yang dihasratkan.

 

       
       

W, ~noCache [*LIVETIMESTAMP*]