|
||
UPM Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) dengan sukacitanya menyambut kedatangan delegasi staf dari Syarif Hidayatullah Jakarta Islamic State, Indonesia pada 23 September 2024 sehingga 2 Oktober 2024 di Bilik Mesyuarat Pusat Jaminan Kualiti. Lawatan ini adalah di bawakan khas oleh Pusat Antarabangsa (i-PUTRA) melibatkan 11 orang dan 4 orang antaranya adalah peserta yang ditempatkan di bawah Pusat Jaminan Kualiti selama 10 hari tersebut. Program ini memberikan peluang berharga kepada staf Syarif Hidayatullah Jakarta Islamic State (UIN) mempelajari cara UPM mengurus dan menjaga kualiti dan akreditasi dalam dan luar negara bagi mengekalkan kedudukan universiti. Justeru itu, Pusat Jaminan Kualiti membawa staf UIN untuk melihat Puan Rahmawati Umar selaku Ketua Seksyen Audit Program menjalankan audit program di Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP). Delegasi ini juga berpeluang melihat kepelbagaian amalan EKSA di Pusat Tanggungajawab (PTJ) lain contohnya seperti di Pusat Perhubungan Alumni UPM. Kami berharap program ini dapat memberi inspirasi kepada staf Syarif Hidayatullah Jakarta Islamic State, Indonesia dan membuka peluang untuk kerjasama yang lebih erat dalam meningkatkan prestasi kualiti kerja antara kedua-dua institusi. Pusat Jaminan Kualiti berterima kasih kepada Pusat Antarabangsa (i-PUTRA) kerana memilih Pusat kami sebagai destinasi penempatan program sangkutan untuk delegasi staf Syarif Hidayatullah Jakarta Islamic State, Indonesia mempelajari amalan baik yang diamalkan sehingga UPM berjaya berada dalam kedudukan ranking dunia yang cemerlang. Pusat Jaminan Kualiti berharap program ini dapat memberi galakkan aktiviti pengantarabangsaan antara staf UIN dan UPM. |
||
![]() |
![]() |
.jpg)