![]() |
![]() |
|
20 November 2024, Serdang - Sebagai medan apresiasi buat Warga UPM yang komited dalam melaksanakan aktiviti pembudayaan kualiti dan inovasi perkhidmatan sepanjang tempoh penilaian bagi tahun 2023/2024, UPM buat kali kesembilan telah berjaya menganjurkan program Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2023/2024 pada 20 November 2024 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM. Tema yang diangkat bagi sambutan kali ini adalah “Melagang Inovasi Menjulang Kualiti. Pembudayaan kualiti dan inovasi secara konsisten berupaya membangun kakitangan yang berprestasi tinggi, tangkas dan proaktif dalam menghadapi perubahan secara global. Malahan pendekatan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kepuasan pelanggan secara signifikan sekaligus memperkukuhkan kepercayaan dan kesetiaan terhadap organisasi secara tekal, dan berpanjangan. Hari Inovasi disambut bagi menandakan kepentingan budaya kreativiti dan inovasi serta meraikan keberhasilan inovasi di agensi-agensi Kerajaan. UPM telah menyambut baik saranan kerajaan dan mendokong transformasi kerajaan dengan melaksanakan Sambutan HKIP Peringkat UPM mulai tahun 2013, apabila cadangan sambutan ini telah diluluskan oleh JPU melalui Mesyuarat JPU Bil. 472/12 pada 30 Januari 2013. Pelaksanaan HKIP ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti peningkatan inovasi yang mampu menyumbang kepada pencapaian Matlamat 5 Pelan Strategik UPM 2021–2025. Program HKIP dapat memupuk budaya kreatif dan inovatif, terutama dalam kalangan pegawai bukan akademik bagi menyelesaikan masalah berkaitan kerja dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Ini selari dengan coretan Naib Canselor, UPM dalam matlamat dan aspirasi True North untuk “Memberi Perkhidmatan Melangkaui Jangkaan” yang sentiasa terpahat kukuh untuk terus diterapkan sebagai suatu budaya kerja. Tata kelola di UPM adalah penentu kepada kualiti kerja dan pencapaian hasil yang diingini bagi memastikan UPM terus cemerlang dan dihormati di seluruh dunia. Penganjuran Sambutan HKIP UPM telah dilaksanakan sebanyak 8 kali mulai tahun 2013 hingga tahun 2022 (tiada penganjuran pada tahun 2020 dan 2021 atas faktor pandemik Covid-19). Penganjuran Sambutan HKIP UPM mulai tahun 2023/2024 adalah dilaksanakan secara dwitahunan (2 tahun sekali) sebagaimana keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (Minit 873.06(l)(1) pada 31 Mei 2023.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM berperanan selaku Peneraju Utama bagi Sambutan HKIP UPM Tahun 2023/2024. Penganjuran majlis adalah secara bersama dengan pihak Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM yang berpengalaman luas dalam aktiviti pengurusan acara. Program ini merupakan satu langkah strategik bagi memacu inovasi berteraskan kepimpinan dan komitmen dalam kalangan kakitangan. Selain itu, HKIP turut berperanan sebagai wasilah untuk berkongsi idea dan amalan terbaik dalam melonjakkan mutu perkhidmatan dan prestasi organisasi. Program HKIP UPM kali ini masih mengekalkan konsep santai dengan dasarnya masih mengekalkan tatacara majlis rasmi UPM. Sebanyak 9 Anugerah dan 2 Hadiah telah disampaikan pada majlis ini bagi pertandingan anugerah/hadiah yang telah dijalankan bersempena Sambutan HKIP UPM 2023/2024. Pada sesi penganjuran kali ini, dengan berdasarkan peruntukan kewangan UPM yang telah diluluskan berjumlah RM70,000.00. (perbelanjaan sebenar : RM65,139.00). Sambutan HKIP UPM 2023/2024 telah berjaya mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi iaitu seramai 2179 orang tetamu (hadir fizikal : 942 dan tontotan YouTube Putra TV Live streaming : 1237). Sesi penghargaan khas juga turut menobatkan dua (2) penerima dalam kalangan Warga UPM sebagai tanda penghargaan atas sumbangan masing-masing terhadap Pengurusan Lean di UPM serta penghasilan Lagu Amalan Kondusif Sektor Awam (EKSA) UPM. Sebanyak dua (2) buah buku yang diterbitkan oleh CQA, UPM telah turut dilancarkan oleh Naib Canselor, UPM pada majlis ini iaitu Buku Inovasi Perkhidmatan UPM (2016-2024) dan Buku Panduan APEL.C UPM. Program ini telah turut diserikan dengan persembahan koir inovasi dalam kalangan 3 kumpulan (PTJ, UPM) yang merupakan pemenang pertandingan koir inovasi HKIP UPM anjuran oleh PKKSSAAS, UPM. Sebanyak 43 booth pameran inovasi perkhidmatan UPM serta 12 booth pihak pempamer dalam dan luar UPM telah turut serta bagi menyemarakkan Sambutan HKIP UPM 2023/2024 dalam mempamerkan visibiliti pembudayaan kualiti dan inovasi di peringkat Universiti.
|
||
![]() |
||
![]() |
.jpg)