|
||
8 Oktober 2024, Serdang - Buat julung kalinya, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) mengadakan Sesi 'Kick-Off' 2024 bersama Felo Adjung dan Felo Bersekutu CQA bertempat di L’apprenti @ Putra Restaurant pada 8 Oktober 2024. Program tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan dan juga perkongsian perancangan tindakan dalam memperkukuh aspek jaminan kualiti UPM disamping menjadi platform pertemuan Pengarah CQA yang baharu, Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib bersama barisan Felo Adjung dan Felo Bersekutu CQA yang telah dilantik berkuatkuasa pada 15 Mei 2024. Program tersebut telah dihadiri oleh warga CQA, Felo Adjung yang merupakan mantan Pengarah CQA iaitu Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan dan Prof. Dr. Amin Ismail, 16 orang Felo Bersekutu yang terdiri dari Pegawai Akademik dan 4 orang Felo Bersekutu Pegawai Bukan Akademik. Program telah dimulakan dengan ucapan Pengarah yang mengalu-alukan pelantikan Felo CQA dan disusuli dengan ucapan aspirasi daripada Felo Adjung. Seterusnya sesi perbincangan bersama felo diadakan dengan pengisian seperti pemakluman pencapaian terkini CQA yang telah mendapatkan Perakuan Akreditasi Pusat Penilaian APEL.C untuk UPM bagi tempoh 5 tahun mulai 13 Ogos 2024, pembentangan cadangan pembahagian skop tugasan Felo Bersekutu di bawah Jaminan Kualiti Akademik, aktviti pemantapan kualiti akademik serta perancangan tindakan penambahbaikan dan pengukuhan jaminan kualiti. Sesi bergambar dan pemberian cenderahati kepada semua felo turut diadakan sebelum diakhiri dengan jamuan makan bersama tetamu yang hadir. |
||
![]() |
||
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
.jpg)