Sesi Penerangan Transformasi Program Akademik UPM 2023 : Pelaksanaan ODL | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Sesi Penerangan Transformasi Program Akademik UPM 2023 : Pelaksanaan ODL

Sesi Penerangan Transformasi Program Akademik UPM 2023 : Pelaksanaan ODL

   

 

 
     
 
     
   
     
 

 

2 Mac 2023, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Putra ODL dan Buku Panduan Jaminan Kualiti Program ODL UPM di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian UPM. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Ismi Arif Ismail, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPM. Program ini telah dihadiri seramai 129 orang yang terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan Akademik prasiswazah dan siswazah, Ketua-ketua Jabatan fakulti/sekolah dan Penyelaras ODL.

Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menyelaras penerbitan Buku Panduan Jaminan Kualiti Program ODL UPM bagi tujuan rujukan dan panduan kepada fakulti/sekolah dan Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang akan menawar, mengurus dan memantau program ODL di UPM mengikut keperluan standard Code of Practice for Programme Accreditation: Open and Distance Learning (COPPA:ODL)) (2019). Buku panduan ODL UPM ini boleh dirujuk di Sistem Pengurusan ISO UPM, e-ISO dalam bentuk e-book.

Sejurus selepas majlis pelancaran, program diteruskan dengan siri penerangan dan bengkel di bawah program Transformasi Program Akademik (TPA) UPM 2023 dengan tumpuan awal diberikan kepada pelaksanaan program ODL di UPM. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Pakar ODL UPM dan Pusat Pembangunan Akademik seperti berikut:

Sesi 1 : Pengenalan dan COPPA-ODL (2019)

: Prof. Dr. Alyani Ismail, Fakulti Kejuruteraan

Sesi 2 : Reka Bentuk Program ODL

: Prof. Madya Dr. Suriana Sabri, Pusat Pembangunan Akademik

Sesi 3 : ODL@UPM

: Dr. Ahmad Salahuddin Mohd Harithuddin, Fakulti Kejuruteraan

Sesi 4 : Perbincangan Aktiviti ODL PTJ dan Rumusan

: Prof. Dr. Alyani Ismail, Fakulti Kejuruteraan

Pelaksanaan bengkel siri pertama ini sangat signifikan untuk kesemua pemilik program memahami keperluan standard COPPA:ODL (2019) dan seterusnya menentukan program akademik yang bersesuaian untuk ditawarkan secara ODL.

Sesungguhnya, UPM sebagai universiti berstatus swaakreditasi, terus beriltizam membuktikan kemapanan dan kematangan aspek jaminan kualiti program akademik UPM melalui pengukuhan dan penambahbaikan berterusan sistem jaminan kualiti akademik yang dilaksanakan selaras dengan keperluan pendidikan tinggi negara.

Tarikh Input: 13/03/2023 | Kemaskini: 27/04/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXETRA3~