9 Julai 2024, Serdang - Dua (2) orang pegawai dari Perpustakaan Sulatan Abdul Samad iaitu Puan Fatimah Zahrah @ Aishah binti Amran dan Puan Noor Syafini binti Zamani telah bertindak selaku juri untuk Sesi Penilaian Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2023/2024. Sesi penjurian selama 30 minit itu telah diadakan pada 9 Julai 2024 di Read@CQA, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM. Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM merupakan anugerah yang akan dipertandingkan sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2024. Pertandingan yang terbuka kepada semua PTJ menawarkan hadiah berupa RM 1000 bagi setiap kategori dan piala pusingan untuk pemenang keseluruhan. Antara kriteria penilaian dan wajaran adalah: 1) Aktiviti melibatkan warga PTJ, jaringan luar, perancangan dan komitmen pengurusan dengan wajaran sebanyak 50 2) Kreativiti dan inovasi yang dinilai pada idea, format bahan dan ruang dengan wajaran sebanyak 30 3) Promosi terkini, kekerapan dan medium promosi dengan wajaran sebanyak 10 4) Impak pelaksanaan kepada PTJ dan maklum balas pengguna dengan wajaran sebanyak 10 Sebagai aktiviti selingan sebelum sesi penjurian bermula, satu sesi perkongsian oleh Puan Nurainakmal Kamal Bahrin, Ketua Seksyen Dokumentasi telah mengulas buku bertajuk Ubah Lelah Jadi Lillah hasil karangan Dwi Suwiknyo. Keputusan pertandingan ini akan diumumkan semasa sambutan HKIP 2024. |
![]() |
||
|
||
![]() |