Subang, 10 November- Tahniah UPM kerana telah berjaya merangkul SIRIM Quality Award 2017. Anugerah tertinggi daripada SIRIM yang diberikan kepada UPM ini dinilai berasaskan 5 kriteria iaitu komitmen pengurusan, pelaksanaan sistem pengurusan yang berkualiti berdasar standard ISO, 5S, kumpulan kualiti, produktiviti & inovasi dan prestasi organisasi.
Anugerah Kualiti SIRIM 2017 disampaikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) , Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah yang mewakili menteri berkenaan bersempena Majlis SIRIM Industri 2017.