| PUSAT JAMINAN KUALITI

UPM Menjalani Penilaian Kajian Rintis APEL.C oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

     
 
     
 

 

12 Julai 2024, Serdang – Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalani sesi pembentangan kajian rintis Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kredit (APEL.C) yang diadakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 12 Julai 2024 secara atas talian melalui platform Zoom.

Sesi pembentangan ini diadakan bagi tujuan MQA membuat penilaian kesediaan UPM menjadi Pusat Penilaian APEL.C. Penilaian tersebut dilaksanakan oleh tiga oleh Panel Penilai yang dilantik oleh MQA terdiri daripada Prof. Madya Dr. Kamarul Arifin Abd Jalil, Uitm Shah Alam (Pengerusi Panel), Prof. Dr. Normah Mustaffa, Universiti Kebangsaan Malaysia (Ahli Panel Penilai) dan Puan Azlini Che Hassan dari Universiti Malaysia Perlis (Ahli Panel Penilai). 

Kajian rintis APEL.C telah melibatkan kursus Perubahan dan Pembangunan Organisasi dari program Master Pembangunan Sumber Manusia (Fakulti Pengajian Pendidikan) dan kursus Pengucapan Awam dari program Bacelor Komunikasi dengan Kepujian (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi). Pembentangan telah disampaikan oleh Encik Salahuddin Ahmad bin Ayob, Ketua Seksyen Audit Institusi dari Pusat Jaminan Kualiti (CQA). Sesi pembentangan tersebut  turut dihadiri Unit APEL.C dari Bahagian Kemasukan Dan Bahagian Urus Tadbir Akademik (BAKD) dan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Timbalan Dekan, Ketua Jabatan/Moderator, Penasihat dan Penilai dari FPP dan FBMK serta entity lain yang turut terlibat dalam Kajian Rintis APEL.C. iaitu Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) dan Felo Bersekutu CQA.

Diharapkan UPM berjaya dalam permohonan untuk menjadi Pusat Penilaian APEL.C pada tahun 2024 hasil sinergi yang ditunjukkan semua entiti yang terlibat dalam Kajian Rintis APEL.C.

 

W, ~noCache [*LIVETIMESTAMP*]