MQA, Islamic Azad University, Iran Agreed To Give Mutual Recognition | CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
» ARTICLE » MQA, Islamic Azad University, Iran Agreed to Give Mutual Recognition

MQA, Islamic Azad University, Iran Agreed to Give Mutual Recognition

 
KUALA LUMPUR: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan Islamic Azad University, Iran yang mempunyai jaringan 400 cawangan di seluruh negara Asia Barat itu.
 
Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, kerjasama itu membabitkan pengiktirafan bersama bagi program ditawarkan institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia dengan universiti berkenaan yang melakukan akreditasi kendiri.
 
Beliau berkata, perbincangan awal sudah dibuat bersama Presiden Islamic Azad University, Mohammad Mehdi Tehranchi dalam satu pertemuan di Tehran untuk kerjasama berkenaan.
 
"Secara dasarnya, mereka (Islamic Azad University) berminat untuk mengadakan kerjasama dengan negara Islam termasuk Malaysia dan dalam usaha melihat pembangunan negara Islam secara keseluruhan.
 
"Mereka juga menyatakan minat untuk menghantar pelajar ke Malaysia untuk menyambung pengajian dalam pelbagai bidang terutama kejuruteraan dan sains sosial," katanya.
 
Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, dengan populasi kira-kira 1.2 juta pelajar dan 50,000 tenaga pengajar, Islamic Azad University dilihat mampu menjadi 'lubuk' penawaran program sarjana dan kedoktoran untuk IPT Malaysia.
 
Katanya, jumlah tenaga pengajar di Islamic Azad University mempunyai potensi besar buat IPT Malaysia dalam kerjasama dengan Islamic Azad University bagi menyambung pengajian untuk peringkat pascaijazah.
 
"Diharap apabila kerjasama dengan Islamic Azad University yang mempunyai 400 cawangan universiti ini dimeterai secara rasmi, IPT kita akan membuat promosi serta penawaran secara agresif kepada khalayak sasaran di Iran ini.
 
"Inisiatif ini akan membantu menjayakan hasrat Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan sejagat," katanya.
 
 
Sumber dipetik dari

Date of Input: 19/10/2023 | Updated: 19/10/2023 | aidawati

MEDIA SHARING

CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEcUAm~